Rabu, 14 Februari 2018

Warisan Seni Ukiran Kayu




PENUBUHAN DESA UKIRAN KAYU

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

1. Tempat Warisan / Sejarah

Tepi Sungai Besut di Kampung Raja merupakan tapak istana Raja Besut iaitu Tengku Chik Haji yang dibina pada tahun 1875. Tapak ini terdiri daripada dua buah istana dan sebuah masjid merupakan penempatan baru Raja Besut yang sebelumnya di Kampung Palembang. 
Sehingga kini, Istana Tengku Anjang masih berdiri berhadapan Desa Ukiran Kayu, manakala Istana Tengku Long telah dibuka dan dipasang semula di Muzium Terengganu.

2. Ramai Tokoh Pengukir dari Besut

Besut telah melahirkan ramai tokoh-tokoh pengukir tersohor termasuklah Che Long Yusuf, Wan Su Othman, Ab. Rahman Long, Ab. Latif Long, Wan Mustafa Wan Su, Tengku Ibrahim Tengku Wook, Norhaiza Noordin dan Mohd Salizan Ab. Rahman.
Mereka ini telah menerima banyak pengiktirafan dimana Wan Su Othman -Tokoh Seni Negara 1997, Tengku Ibrahim Tengku Wook -Tokoh Kraf Negara 1998, Wan Mustafa Wan Su -Adiguru Kraf 2007 dan Norhaiza Noordin -Adiguru Kraf 2012

3. Penglibatan Ahli Politik dan Badan NGO

Pada tahun 1996, Dato' Seri Idris bin Jusoh, Ahli Parlimen Besut yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia telah mencetuskan idea penubuhan Kompleks Warisan sebagai pusat pelancongan. Majlis Kebudayaan Daerah Besut kemudiannya telah mengambil peranan untuk merealisasikan idea ini.

4. Penubuhan Pusat Latihan

Pada tahun 1998, sebuah pusat latihan ukiran kayu ditubuhkan di bawah program Kemajuan Kraftangan di sebuah chalet di Bukit Keluang, Besut. Seramai 14 orang peserta terlibat dan tenaga pengajar ialah YM Tengku Ibrahim bin Tengku Wook.

5. Pengisytiharan 'Besut Daerah Seni Ukiran Kayu'

Pada 12 April 1999, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, Y.B. Datuk Kadir Sheikh Fadhil telah mengistiharkan daerah Besut sebagai Daerah Seni Ukiran Kayu. Pengistiharan telah dibuat di tapak Desa Ukiran Kayu sekarang. Pengambilan tanah untuk tapak projek mula dilaksanakan.














Walaubagaimanapun perubahan politik negeri Terengganu menyebabkan projek ini tertangguh dan hanya dapat dimulakan pada tahun 1 September 2005 dan siap pada 1 Februari 2007. Desa Ukiran Kayu memulakan operasi pada 1 Januari 2008 dan dirasmikan pada 21 Februari 2008.
Sehingga 2017 seramai 105 orang pelatih telah mengikuti latihan di Desa Ukiran Kayu dan sebahagian daripada mereka telahpun bekerja dengan bengkel kayu dan ada juga yang menceburi bidang keusahawanan ukiran kayu.


Rabu, 11 Oktober 2017

LAWATAN DARI PESERTA SEMINAR ANTARABANGSA EKO-PELANCONGAN MARIN TERENGGANU PADA 11 0KTOBER 2017

 
Desa Ukiran Kayu telah menerima lawatan dari peserta Seminar Antarabangsa Eko-Pelancongan dan Pelancongan Marin Terengganu pada 11 Oktober 2017. Para peserta seramai 120 orang sebilangan besarnya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 
     Para peserta menerima taklimat dan tajaan makan tengahari daripada Pihak Desa Ukiran Kayu. Para Peserta tiba di Desa Ukiran Kayu pada jam 1.00 Tengahari. Peserta berehat di dalam Desa Ukiran Kayu dan menunaikan solat zohor di Masjid Lama Kg. Raja yang terletak bersebelahan dengan Desa Ukiran Kayu. 
     Aktiviti taklimat dan lawatan bermula pada 2.00 Petang. Para peserta diberi taklimat berkaitan dengan industri ukiran kayu oleh Pegawai Kerani, desa Ukiran Kayu, En. Zulkarnain dan mengiring para peserta melawat Galeri Desa Ukiran Kayu. kemudian, para peserta diberi peluang untuk mengemukakan soalan berkaitan Industri dan Ukiran Kayu kepada En. Zulkarnain.

      Seterusnya, Para peserta dibawa ke bengkel ukiran kayu dan melihat kerja-kerja mengukir dari para pelatih desa Ukiran Kayu. Para peserta dapat merasai pengalaman mengukir di atas beberapa jenis kayu yang tersedia.
     Terima kasih kepada para peserta dan penganjur di atas kesudian hadir ke tempat kami.
En. Zulkarnain memberi taklimat dan penjelasan tentang industri ukiran kayu dan memberi jawapan berkaitan dengan persoalan tentang ukiran kayu.
Para peserta berehat sambil mendengar taklimat daripada En. Zulkarnain.
Para peserta melihat pameran-pameran produk ukiran kayu yang dipamerkan di dalam galeri.
Para peserta melihat produk-produk ukiran kayu di dalam galeri.



Para peserta membuat lawatan di bengkel ukiran kayu.
Para peserta melihat para pelatih mengukir kayu.
Peserta diberi penjelasan tentang jenis kayu dan cara-cara mengukir oleh pelatih.
Para peserta mendengar penerangan daripada Jurulatih Desa Ukiran Kayu.
Peserta melihat pelatih yang berbakat mengukir kayu.
Peserta mencuba untuk mengukir kayu.
Gelagat para peserta dalam bengkel Ukiran Kayu.
Para peserta di dalam bengkel ukiran kayu.
Penerangan di dalam bengkel ukiran kayu.

Demonstrasi cara-cara mengukir motif pada kayu.
Para peserta sedang mengukir kayu dan belajar menggunakan alatan mengukir.
Aktiviti mengukir keris.
Para peserta bersurai.






LAWATAN DARI PELAJAR MAIWP KE DESA UKIRAN KAYU

Desa Ukiran Kayu telah menerima kunjungan lawatan daripada pelajar-pelajar Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada Hari Rabu, 11 October 2017. Para peserta tiba pada 9.30 pagi dan membuat lawatan sehingga kira-kira pukul 11 pagi. 

     Desa Ukiran Kayu telah dipilih oleh pelajar-pelajar IKB, MAIWP sebagai salah satu destinasi lawatan para pelajar ke daerah Besut. Para peserta membuat lawatan ke bengkel ukiran kayu dan juga galeri bagi mendapatkan matlumat-matlumat tentang ukiran kayu.


      Terima kasih kerana sudi berkunjung ke tempat kami. 

Para peserta melihat aktiviti mengukir oleh para pelatih.

Sesi mengukir oleh para pelatih.

Peserta bertanyakan soalan kepada pelatih ukiran kayu.

Aktiviti di dalam bengkel ukiran kayu.


Ahad, 27 Ogos 2017

GALAKAN PUASA SUNAT AWAL ZULHIJJAH

Bulan Zulhijjah merupakan bulan ke-12 yang terdapat di dalam kalendar hijrah. Banyak peristiwa atau tarikh penting yang terdapat di dalam bulan Zulhijjah. Antara peristiwa yang berlaku di dalam bulan ini adalah puasa Arafah, menunaikan Solat Sunat Aidiladha dan sembelihan binatang korban. 

Dalam bulan Zulhijjah ini juga, terdapat banyak kelebihannya sehingga Allah s.w.t memuliakannya melalui sumpah sebagaimana maksud firman Allah s.w.t dalam surah al Fajr ayat 1 dan 2: "Demi fajar dan malam yang sepuluh". (al Mu'tamad Fi al Fiqh as Syafi'e 21208). 

Dan telah diriwayatkan oleh lbnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 'Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi oleh Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini." Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: "Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)." (H.R Bukhari 11329 no. 926), (al Mu'tamad Fi al Fiqh as Syafi'e 2/208). 

Oleh itu dalam bulan ini umat lslam adalah digalakkan untuk berpuasa sunat selama 9 hari termasuk hari Arafah iaitu 1 haribulan sehingga 9 haribulan Zulhijjah. 

Di dalam bulan-ini juga, mereka digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat seperti bertahlil, bertakbir dan bertahmid. Sebagaimana lmam Ahmad r.a, meriwayatkan dari lbnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak ada hai yang lebih besar di sisi Allah s.w.t dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan beftahmid.". (H.R Ahmad) 

Namun sekiranya tidak mampu menunaikan puasa sunat selama 9 hari sekurang-kurangnya adalah digalakkan berpuasa dua hari iaitu hari Tarwiyah dan hariArafah (8 dan 9 Zulhijjah) 

Edaran Jabatan Mufti Negeri Terengganu - 22 Ogos 2017

Isnin, 14 Ogos 2017

Kerjasama dengan Perhentian Island Resort bagi mengendalikan Kelas Ukiran Kayu

Desa Ukiran Kayu menjalinkan kerjasama dengan Perhentian Island Resort bagi mengendalikan kelas Ukiran Kayu Tradisional kepada pelancong-pelancong yang menginap di resort mereka. Sehingga Mei 2017, kami telah menghantar 3 kumpulan pelatih bagi membantu pengendalian kelas serta demonstrasi Ukiran Kayu Melayu Tradisional kepada mereka yang berminat. 
Sesi pertama telah bermula pada 26 Mac hingga 9 April 2017, sesi kedua dimulakan pada 23 April hingga 6 Mei 2017 dan sesi ketiga dimulakan pada 16 Mei hingga 28 Mei 2017.
Bersama Mr. Tan, Pengurus Perhentian Island Resort

Aktiviti mengukir

Aktiviti demonstrasi Ukiran Kayu

Aktiviti demonstrasi Ukiran Kayu

Selasa, 1 Ogos 2017

Hari Terbuka Pusat Sumber SMA Maarif & Pertandingan Ukiran Kayu

Pada 13 April 2017, Desa Ukiran Kayu telah dijemput oleh Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut bagi mengendalikan Pertandingan Ukiran Kayu yang diadakan sempena Hari Terbuka Pusat Sumber SMA Maarif.

Peserta terdiri daripada 20 orang peserta yang merupakan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah sekitar daerah Besut. Pertandingan bermula seawal 9.00 pagi dan tamat pada waktu tengahari.





Terima kasih kepada SMA Maarif yang menjemput kami sebagai juri dan penyelaras pertandingan tersebut. Semoga kerjasama ini akan berterusan sepertimana yang kita harapkan.

Isnin, 1 Mei 2017

BENGKEL KREATIF SENI UKIRAN KAYU

Desa Ukiran Kayu telah dijemput oleh Koperasi Komuniti Bukit Besi Daerah Dungun bagi mengendalikan Bengkel Kreatif Seni Ukiran Kayu kepada Komuniti Ketengah pada 25 hingga 28 April 2017 bertempat di Bengkel Kayu Bukit Besi.

Seramai 20 orang peserta telah dipilih bagi mengikuti bengkel ini yang kebanyakannya terdiri daripada pengusaha dan pembuat perabot yang berminat pada seni Ukiran Kayu supaya dapat menambah baik serta memberi nilai tambah terhadap produk mereka.



Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh ADUN Bukit Besi iaitu Y.B Roslee bin Daud yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu pada 28 April 2017.



Tahniah kepada para peserta yang terlibat dan jutaan terima kasih kepada penganjur di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. 

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
lalu diambil untuk dimakan
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati
budi tuan tuhan balaskan