Ahad, 11 Julai 2010

Jenis Pola Ukiran

i) Pola Bujang
Pola Bujang juga dikenali dengan nama Pola Putu. Ia merupakan motif bebas dan tidak berulang. Pola Bujang selalunya menggunakan elemen kuntuman bunga dan putik buah seperti bunga iaitu; Tampuk Manggis, Bunga Cengkih, Bunga Lawang, Bunga Teratai, Bunga Keladi, Bunga Petola, Bunga Ketumbit, Bunga Saga Kenering, Kacang Hantu, Bunga Cina, Bunga Matahari, Bunga Raya, Bunga Senduduk, Bunga Keladi Bunting, Bunga Misai Kucing, Bunga Mawar, Bunga Melati, Bunga Meroyan Punai Tanah, Bunga Sikap Dada dan Bunga Tahi Ayam. Ia juga ada menggunakan elemen kosmik iaitu matahari, bulan dan bintang serta elemen binatang seperti ayam, itik, badak dan burung.

ii) Pola Pemidang
Pola Pemidang yang juga dikenali sebagai Pola Bingkai dibuat menggunakan rekabentuk ringkas dan berbingkai. Ukiran yang digunakan biasanya mempunyai nilai estetik (aesthetic) dengan maksud tersirat contohnya seperti Itik Pulang Petang dan Badak Mudik.

iii) Pola Lengkap
Pola Lengkap atau Pola Induk memberi penekanan pada penggunaan motif tumbuhan dengan memasukkan keseluruhan bahagian pada tumbuhan bermula dari akar, batang dan ranting, serta daun, buah dan bunga.
Contoh Pola Lengkap adalah seperti berikut:-

Elemen dalam Ukiran Kayu

Gaya ukiran pada kayu adalah dipengaruhi oleh faktor cara hidup masyarakat Melayu, seperti adat, agama, persekitaran, iklim dan bentuk muka bumi. Pemilihan elemen-elemen ini dibuat berdasarkan keperluan individu dan masyarakat selagi tidak bercanggah dengan kepercayaan dan adat Melayu. Elemen-elemen yang digunakan adalah seperti berikut:-

i) Benda Hidup

Elemen benda hidup adalah sangat jarang digunakan dalam ukiran kerana sensitiviti agama. Walaubagaimanapun ada bentuk-bentuk benda hidup yang telah diadaptasi oleh masyarakat Melayu terdahulu (sebelum Islam) yang menggunakan bentuk Ayam Berlaga, Badak Mudik, Itik Pulang Petang dan lain-lain. Setelah Islam mula bertapak di Tanah Melayu, motif benda hidup seperti ini secara perlahan-lahan mula diketepikan dalam Ukiran Kayu Melayu kerana masyarakat mula menyedari ketidaksesuaiannya.

ii) Kosmik

Menggunakan imej matahari, bulan, bintang, awan larat, gunung, bukit dan sebagainya.

iii)Kaligrafi

Mula diperkenalkan bila penduduk Tanah Melayu mula memeluk Islam. Elemen ini mengambil bentuk huruf Arab, Ayat-ayat al-Quran dan pelbagai tulisan Jawi. Terdapat juga elemen kaligrafi yang digabungkan dengan elemen kosmik dan tumbuhan yang menghasilkan satu Pola Lengkap. Elemen seperti ini banyak digunakan di masjid dan rumah bangsawan.

iv) Tumbuhan

Daripada pelbagai ukiran yang masih wujud sehingga ke hari ini, didapati bahawa ukiran Melayu tradisi banyak menggunakan elemen tumbuhan. Biasanya tumbuhan menjalar atau pelbagai tumbuhan yang sesuai menjadi pilihan pengukir. Jenis tumbuhan yang selalu menjadi inspirasi ialah Kacang, Labu, Daun Salad, Bunga Lawang, Bunga Raya, Bunga Cina, Bunga Cengkih, Rebung, Bunga Mangga, Pohon Bermin, Bunga Kuda Laut, Bunga Balung Ayam, Ringgut-ringgut, Teratai, Pokok Susu Ketam, Jari Buaya, Bunga Keduduk, Pokok Kazan, Jari Hantu, Pokok Ayu-ayu dan sebagainya.


v) Geometri

Merupakan motif yang terhasil daripada bentuk bulatan atau segitiga yang disusun secara berturutan.

Sabtu, 3 Julai 2010

JUALAN PRODUK UKIRAN

1) REHAL
SAIZ: QURAN BESAR
HARGA: RM 25-45 (BERGANTUNG KEPADA JENIS KAYU & UKIRAN)
KUANTITI: NIL (PERLU DITEMPAH)


2) REHAL KERAWANG
SAIZ: QURAN BESAR
KAYU: MEDANG
HARGA: RM 60.00
KUANTITI: 1 UNIT

















3) REHAL BERUKIR
SAIZ: QURAN BESAR
KAYU: MEDANG
HARGA: RM 70.00
KUANTITI: NIL (PERLU DITEMPAH)

















UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI:-
09-6953823 (PEJABAT)
012-9556976 (HUSNI)