Selasa, 26 Ogos 2008

RUMAH BUJANG BERSERAMBI SELASAR



Rumah Bujang Berserambi Selasar merupakan bangunan berbumbung panjang yang terawal dibina dikalangan senibina rumah tradisional Terengganu. Rumah ini berasal daripada Rumah Tiang 12 atau16. Keunikan rumah ini ialah mempunyai pemeleh yang besar, tiang yang besar dan tinggi serta diperkukuhkan dengan belira dan diperketatkan dengan baji. Atap rumah ini diperbuat daripada tanah liat yang dikenali sebagai atap bata atau atap singgora. Dindingnya berpanel jenis Janda Berhias (Kembung) dan dihiasi dengan ukiran. Rumah jenis ini banyak dimiliki oleh orang-orang alim.

Rumah Bujang Berserambi Selasar ini dibina dengan menggunakan Kaedah Pasang Siap. Ia dihiasi dengan ukiran kayu yang
menarik dan mengagumkan oleh seorang Tokoh Pengukir Tempatan iaitu Saudara Norhaiza bin Nordin iaitu Pengarah Urusan Seni Ukir Bakawali.


Tiada ulasan: