Pada 16 hingga 19 Mei 2016, pihak Desa Ukiran Kayu telah bekerjasama dengan Bahagian Latihan Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi mengendalikan Kursus Kemahiran Kraftangan Kayu kepada Pekebun Kecil Getah.
Bengkel yang telah diadakan di Institut Kemahiran Pekebun Kecil Kelantan, Kuala Krai, Kelantan melibatkan seramai 23 orang peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia.
Diharap bengkel ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada peserta Bengkel dan kami ucapkan Selamat Maju Jaya.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak RISDA yang memberi kepercayaan kepada kami untuk bersama-sama mencurahkan sedikit ilmu kepada peserta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan