Desa Ukiran Kayu telah dipilih oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) sebagai salah satu destinasi lawatan peserta-peserta kursus 'Rural Transformation Programme (The Malaysian Experience)' ke negeri Terengganu. Program ini telah diadakan pada 23 Ogos 2016 yang lalu melibatkan seramai 43 orang peserta antarabangsa melibatkan 24 negara. Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan industri-industri desa yang berdaya maju dan mampu memberi pulangan yang baik kepada pengusahanya.
Peserta lawatan tiba seawal jam 8.00 pagi telah disambut dengan persembahan seni silat. Mereka kemudiannya diberi taklimat ringkas berkaitan industri ukiran kayu sebelum dibawa melawat Galeri Desa Ukiran Kayu dan menyaksikan demonstrasi ukiran kayu oleh pelatih-pelatih kami. Malah para peserta turut diberi peluang untuk mencuba bakat dalam mengukir kayu.
Selain itu, peserta juga turut dipersembahkan dengan pertunjukan wayang kulit dan muzik tradisional Melayu. Sebagai penutup lawatan peserta program dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Besut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan