Isnin, 24 Mei 2010

PENDAFTARAN PELATIH BARU SESI 2010

Desa Ukiran Kayu Kg. Raja telah menerima pelatih-pelatih baru pada 16 Mei 2010.

Seramai 12 orang pelatih melaporkan diri bagi mengikuti Kursus Asas Latihan Seni Ukiran Kayu bagi Sesi 2010/2011 ini. Mereka terdiri daripada belia-belia sekitar daerah Besut berumur di antara 18 hingga 21 tahun.

DUK juga turut menerima pelatih bagi Kursus Lanjutan iaitu terdiri daripada pelatih-pelatih lepasan DUK sesi lepas. Seramai 9 orang pelatih mendaftarkan diri bagi menyambung latihan mereka di peringkat Ukiran Halus.
Pada hari tersebut juga DUK telah mengadakan sambutan Hari Guru bagi menghargai jasa Pengajar Kraf kami iaitu En. Husni Zulakhba bin Che Hussin yang telah banyak berbakti kepada pelatih-pelatih kami sepanjang beliau bertugas di DUK.

"TERIMA KASIH CIKGU"

Tiada ulasan: