Ahad, 3 Oktober 2010

HARI KELUARGA TIDE/DUK

Hari Keluarga TiDE dan DUK telah diadakan bertempat di Pantai Bukit Keluang pada 2 Oktober 2010.

Sesi Taklimat

Program Hari Keluarga dimulakan dengan acara Explorace dimana terdapat 5 acara sukaneka dalam permainan ini. Ia dimulakan dengan acara lari dalam guni, berjalan atas tempurung, isi air dalam botol, tiup tepung dan pancing botol. Acara ini telah dimenangi oleh kumpulan 5.

Acara kedua iaitu permainan tarik tali telah dimenangi oleh kumpulan 1.

Acara ketiga diadakan diantara pasangan suami isteri iaitu permainan semakin jauh semakin sayang. Dalam permainan ini, peserta dikehendaki membaling belon berisi air kepada pasangan masing-masing. Permainan ini dimenangi oleh Puan Rahayu dan suaminya.

Acara sukan diakhiri dengan permainan 'Gelap Cerah' atau Galah Panjang dimana DUK melawan TiDE. Keputusannya DUK memenangi acara ini.

Program Hari Keluarga kemudian diakhiri dengan makan tengahari sebelum majlis penyampaian hadiah oleh Ketua Pegawai Eksekutif TiDE.



Tiada ulasan: