Sabtu, 31 Disember 2011

Salam Tahun Baru 2012

Tirai 2011 telahpun dilabuhkan. Pelbagai suka duka sepanjang tahun lepas sewajarnya disimpan baik-baik dalam lipatan sejarah untuk panduan di masa akan datang. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pelbagai pihak yang banyak membantu Desa Ukiran Kayu sepanjang tahun 2011 terutamanya Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Semoga kita dapat meneruskan kerjasama dan dapat menjalankan pelbagai program di masa hadapan.

Harapnya tahun 2012 ini kita akan lebih maju dan sukses. Buat pelatih-pelatih dan bekas pelatih Desa Ukiran Kayu, kami harap ada di antara anda yang akan berjaya sebagai pengusaha ukiran kayu yang bermutu untuk mewarnai bidang seni ini. Kami sentiasa mendoakan anda.

Tiada ulasan: