Isnin, 1 Mei 2017

BENGKEL KREATIF SENI UKIRAN KAYU

Desa Ukiran Kayu telah dijemput oleh Koperasi Komuniti Bukit Besi Daerah Dungun bagi mengendalikan Bengkel Kreatif Seni Ukiran Kayu kepada Komuniti Ketengah pada 25 hingga 28 April 2017 bertempat di Bengkel Kayu Bukit Besi.

Seramai 20 orang peserta telah dipilih bagi mengikuti bengkel ini yang kebanyakannya terdiri daripada pengusaha dan pembuat perabot yang berminat pada seni Ukiran Kayu supaya dapat menambah baik serta memberi nilai tambah terhadap produk mereka.



Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh ADUN Bukit Besi iaitu Y.B Roslee bin Daud yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu pada 28 April 2017.



Tahniah kepada para peserta yang terlibat dan jutaan terima kasih kepada penganjur di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. 

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
lalu diambil untuk dimakan
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati
budi tuan tuhan balaskan

Tiada ulasan: