Ahad, 27 Ogos 2017

GALAKAN PUASA SUNAT AWAL ZULHIJJAH

Bulan Zulhijjah merupakan bulan ke-12 yang terdapat di dalam kalendar hijrah. Banyak peristiwa atau tarikh penting yang terdapat di dalam bulan Zulhijjah. Antara peristiwa yang berlaku di dalam bulan ini adalah puasa Arafah, menunaikan Solat Sunat Aidiladha dan sembelihan binatang korban. 

Dalam bulan Zulhijjah ini juga, terdapat banyak kelebihannya sehingga Allah s.w.t memuliakannya melalui sumpah sebagaimana maksud firman Allah s.w.t dalam surah al Fajr ayat 1 dan 2: "Demi fajar dan malam yang sepuluh". (al Mu'tamad Fi al Fiqh as Syafi'e 21208). 

Dan telah diriwayatkan oleh lbnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 'Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi oleh Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini." Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: "Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)." (H.R Bukhari 11329 no. 926), (al Mu'tamad Fi al Fiqh as Syafi'e 2/208). 

Oleh itu dalam bulan ini umat lslam adalah digalakkan untuk berpuasa sunat selama 9 hari termasuk hari Arafah iaitu 1 haribulan sehingga 9 haribulan Zulhijjah. 

Di dalam bulan-ini juga, mereka digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat seperti bertahlil, bertakbir dan bertahmid. Sebagaimana lmam Ahmad r.a, meriwayatkan dari lbnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak ada hai yang lebih besar di sisi Allah s.w.t dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan beftahmid.". (H.R Ahmad) 

Namun sekiranya tidak mampu menunaikan puasa sunat selama 9 hari sekurang-kurangnya adalah digalakkan berpuasa dua hari iaitu hari Tarwiyah dan hariArafah (8 dan 9 Zulhijjah) 

Edaran Jabatan Mufti Negeri Terengganu - 22 Ogos 2017

Tiada ulasan: