Selasa, 26 Ogos 2008

MODUL LATIHAN

MODUL PROGRAM LATIHAN SENI UKIRAN KAYU DESA UKIRAN KAYU (DUK) DI ISTANA TENGKU LONG KAMPUNG RAJA BESUT TERENGGANU

1.0 Pengenalan

Desa Ukiran Kayu (DUK) di Istana Tengku Long, Besut adalah merupakan sebuah institusi yang menawarkan pengajian berteraskan pendidikan vokasional dan keusahawanan ukiran kayu. Institusi ini ditubuhkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan diselia oleh Terengganu International Design Excellence Sdn Bhd (TIDE). Penubuhannya bertujuan untuk menghidupkan seni ukiran kayu di negeri Terengganu.

Kerangka modul atau kurikulum bagi latihan di DUK ialah 80% aspek kemahiran ukiran kayu dan 20% modul pengurusan keusahawanan dan perniagaan. Matlamat kerangka modul adalah untuk melahirkan keperluan tenaga mahir ukiran kayu dan membentuk golongan seni ukiran berteraskan budaya keusahawanan.

2.0 Objektif

2.1 Ke arah membangun usahawan kraf ukiran kayu dan tenaga mahir pengukir berteraskan budaya keusahawanan yang akan dapat menyesuaikan nilai kraf ukiran dengan keperluan pasaran semasa berpaksi daya keusahawanan dan kemahiran pengurusan perniagaan

2.2 Menyediakan para pelatih sebagai tenaga terlatih mahir dalam bidang ukiran kayu dan pertukangan yang relevan, fleksibel, cekap, dinamik dan bermoral yang akan mampu menyumbang kepada pembangunan kraf ukiran kayu negeri dan negara amnya

3.0 Program latihan yang ditawarkan

3.1 Sijil Seni Kraf Ukiran Kayu
3.2 Kursus lanjutan peningkatan kemahiran ukiran
3.3 Bengkel keusahawanan ukiran

Tiada ulasan: