Selasa, 26 Ogos 2008

RUMAH POTONG BELANDA




Rumah Potong Belanda merupakan bentuk senibina rumah tradisional Terengganu yang dipercayai diperkenalkan oleh Belanda dan British di Kepulauan Riau pada sekitar abad ke-19. Senibina ini telah berkembang ke Semenanjung Malaysia termasuk Terengganu pada abad ke-20.

Ciri-ciri istimewa rumah ini ialah mempunyai pemeleh yang tidak sampai ke kaki atap. Biasanya pemeleh rumah jenis ini disambung kepada buah buton atau buah guntung di bahagian bumbungnya. Kebanyakan rumah jenis ini mempunyai tingkap yang banyak dan diperbuat daripada kaca. Dinding rumah ini mempunyai pelbagai jenis, samada jenis pian, tindih kasih, berlis dan susun sirih. Ia juga mempunyai rekabentuk yang pelbagai dan dicat dengan berbagai warna serta menggunakan atap singgora.


Rumah Potong Belanda ini telah dihiasi dengan ukiran-ukiran oleh Encik Wan Mustafa bin Wan Su yang merupakan Pengurus di Balai Seni Wanpo, Alur Lintang, Besut. Beliau telah dianugerahkan Adiguru Kraf oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada tahun 2007.

Tiada ulasan: