Ahad, 11 Julai 2010

Elemen dalam Ukiran Kayu

Gaya ukiran pada kayu adalah dipengaruhi oleh faktor cara hidup masyarakat Melayu, seperti adat, agama, persekitaran, iklim dan bentuk muka bumi. Pemilihan elemen-elemen ini dibuat berdasarkan keperluan individu dan masyarakat selagi tidak bercanggah dengan kepercayaan dan adat Melayu. Elemen-elemen yang digunakan adalah seperti berikut:-

i) Benda Hidup

Elemen benda hidup adalah sangat jarang digunakan dalam ukiran kerana sensitiviti agama. Walaubagaimanapun ada bentuk-bentuk benda hidup yang telah diadaptasi oleh masyarakat Melayu terdahulu (sebelum Islam) yang menggunakan bentuk Ayam Berlaga, Badak Mudik, Itik Pulang Petang dan lain-lain. Setelah Islam mula bertapak di Tanah Melayu, motif benda hidup seperti ini secara perlahan-lahan mula diketepikan dalam Ukiran Kayu Melayu kerana masyarakat mula menyedari ketidaksesuaiannya.

ii) Kosmik

Menggunakan imej matahari, bulan, bintang, awan larat, gunung, bukit dan sebagainya.

iii)Kaligrafi

Mula diperkenalkan bila penduduk Tanah Melayu mula memeluk Islam. Elemen ini mengambil bentuk huruf Arab, Ayat-ayat al-Quran dan pelbagai tulisan Jawi. Terdapat juga elemen kaligrafi yang digabungkan dengan elemen kosmik dan tumbuhan yang menghasilkan satu Pola Lengkap. Elemen seperti ini banyak digunakan di masjid dan rumah bangsawan.

iv) Tumbuhan

Daripada pelbagai ukiran yang masih wujud sehingga ke hari ini, didapati bahawa ukiran Melayu tradisi banyak menggunakan elemen tumbuhan. Biasanya tumbuhan menjalar atau pelbagai tumbuhan yang sesuai menjadi pilihan pengukir. Jenis tumbuhan yang selalu menjadi inspirasi ialah Kacang, Labu, Daun Salad, Bunga Lawang, Bunga Raya, Bunga Cina, Bunga Cengkih, Rebung, Bunga Mangga, Pohon Bermin, Bunga Kuda Laut, Bunga Balung Ayam, Ringgut-ringgut, Teratai, Pokok Susu Ketam, Jari Buaya, Bunga Keduduk, Pokok Kazan, Jari Hantu, Pokok Ayu-ayu dan sebagainya.


v) Geometri

Merupakan motif yang terhasil daripada bentuk bulatan atau segitiga yang disusun secara berturutan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, kami pakar di dalam kerja2 kayu merekabentuk dan membina gazebo(wakaf), pergola, rumah kayu, pagar bercirikan senibina warisan. Hubungi AKAR RUSTIKA 0173110307 @ www.facebook.com/akarminda. "New Ideas For Heritage".