Isnin, 20 September 2010

Penyertaan DUK dalam Piala Seri Iman 2010


PIALA SERI IMAN
Piala Seri Iman adalah merupakan pertandingan yang bermatlamat untuk melahirkan pelapis-pelapis baru dalam industri batik amnya dan kraf yang lain khususnya. Selain itu juga Piala Seri Iman ini bertujuan untuk memberi peluang untuk pereka mencetuskan idea yang baru agar hasil seni ini akan terus berkembang sejajar perkembangan seni batik dan fesyen semasa  agar sentiasa mengikut arus permodenan.
Inspirasi Darul Iman, Cetusan Sejuta Ilham adalah merupakan gambaran yang tepat bagi pertandingan ini. Terengganu merupakan negeri yang kaya dan maju dengan hasil seni dan budaya dari segi alam semulajadi sehingga hasil-hasil kraftangan. Alam semulajadi merujuk kepada keunikan hutan contohya di Kenyir sehingga di lautan Redang. Sewajarnya Terengganu sesuai dengan ungkapan Inspirasi Darul Iman, cetusan sejuta ilham.
TEMA PERTANDINGAN PIALA SERI IMAN 2010
KHAZANAH KENYIR
DEFINISI:
Tema pertandingan Piala Seri Iman 2010 adalah Khazanah Kenyir. Tema pada tahun ini agak berlainan dengan tema yang dibuat pada tahun sebelumnya kerana ia lebih menekankan dan menonjolkan elemen-elemen alam semulajadi.
Khazanah bermaksud barang-barang kepunyaan atau harta benda atau kumpulan (himpunan) sesuatu yang mana tetap berguna dalam memperkayakan khazanah itu sendiri.
Kenyir pula merupakan tasik buatan dengan keluasan 38,000 hektar. Kenyir mempunyai himpunan lukisan alam dan bukit-bukau semulajadi di mana flora dan faunanya utuh terpelihara merentasi perubahan masa.
Tema ini adalah bertujuan untuk membuka minda peserta dalam mempelbagaikan rekacorak dalam batik, songket dan kraf . Peserta juga boleh menjadikan alam benda sebagai inspirasi tetapi haruslah mengolah rekaan itu kepada sifat – sifat yang lebih kreatif.  Kaedah ini juga dapat memperkayakan lagi rekaan batik, songket dan kraf yang lebih kontemporari didalam memenuhi citarasa masyarakat dan perkembangan dunia fesyen masa kini. Pendekatan ini menjurus dan seiring dengan tuntutan pembangunan batik, songket dan kraf  Terengganu khususnya di dalam mengharungi pasaran antarabangsa.

KATEGORI UKIRAN KAYU
Kategori ini telah diperkenalkan pada Pertandingan Piala Seri Iman 2008 dan pada pertandingan Piala Seri Iman 2010 merupakan kali kedua kategori ini dipertandingkan. Kategori ini diwujudkan bagi menjelaskan bahawa Pertandingan Piala Seri Iman bukan sahaja menekankan pada kraf tekstil sahaja tetapi juga barangan kraf yang lain contohnya ukiran kayu. Kategori ini memberi peluang kepada pelatih-pelatih yang baru menceburkan diri dalam bidang ini.
Syarat-syarat Penyertaan :
q  Semua peserta yang pernah menjuarai pertandingan di dalam kategori ini dibenarkan bertanding.
q  Semua peserta mestilah warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
q  Pertandingan ini hanya terbuka kepada pelatih – pelatih yang mempunyai pengetahuan dalam bidang ukiran kayu dan masih belajar di institusi atau pusat latihan.
q  Golongan pengukir profesional adalah tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan bagi kategori ini.
q  Bagi peringkat yang pertama para peserta haruslah mengemukakan lakaran hasil rekaan dan juga penulisan tentang rekaan yang dihasilkan.
q  Motif ukiran yang digunakan mestilah berasaskan kepada motif – motif tradisional yang terdapat dalam Seni Ukiran Kayu.
q  Semua rekacorak yang dikemukakan mestilah dihasilkan dengan menggunakan teknik ukiran pahat silat.
q  Kebebasan untuk memperlihatkan daya kreatif digalakkan.
q  Saiz produk mestilah berukuran tidak melebihi 2 kaki x 1 kaki.
q  Antara contoh produk yang boleh dihasilkan ialah pemidang berukir, tongkat berhias, golok atau parang berhias, bekas hantaran.

Penyerahan :
Penyerahan Peringkat Pertama
q  Setiap peserta dikehendaki mengemukakan lakaran idea Rekaan Ukiran Kayu.
q  Sedikit penulisan diatas kertas A4 yang menjelaskan tentang :
                                i.            Rasional tema
                              ii.            Corak / rekabentuk keseluruhan
                            iii.            Teknik
                             iv.           Kerja penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan mengenai tema, dan sebarang maklumat lain yang dianggap penting oleh peserta.

Penyerahan Peringkat Kedua
q  Setiap peserta dikehendaki mengemukakan produk rekaan ukiran kayu sepertimana contoh - contoh yang terdapat dibawah :
                                i.            Pemidang berukir
                              ii.            Tongkat berhias
                            iii.            Hulu golok / Parang berhias
                             iv.            Bekas hantaran
                               v.            Hiasan Dinding
                             vi.            Lampu
                           vii.            Hiasan Meja
                         viii.            Kotak Berukir
AKTIVITI
CADANGAN
TARIKH
Tarikh Pelancaran Piala Seri  Iman
14 JULAI 2010
(Rabu)
Tarikh tutup pertandingan/ penyerahan borang/ penyerahan hasil rekaan siap
18 NOVEMBER 2010 (Khamis)
Tarikh peragaan
22 NOVEMBER 2010 (Isnin)
Tarikh penghakiman (judging)
24 NOVEMBER 2010 (Rabu)
Tarikh Malam Gala Piala Seri Iman
27 NOVEMBER 2010 (Sabtu)

NILAI GANJARAN YANG DI MENANGI:


KATEGORI UKIRAN KAYU

Hadiah
(Wang tunai, Trofi dan Sijil)

Pertama
RM 5,000.00
Kedua
RM 3,000.00
Ketiga
RM 1,000.00


Sumber: http://www.tide.com.my/

Tiada ulasan: