Pada tahun ini, sekali lagi DUK bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia untuk menjayakan satu bengkel Ukiran Kayu kepada para pelatih DUK. Penyertaan Bengkel ini juga turut dibuka kepada belia-belia Daerah Besut.
Bengkel selama 12 hari ini bermula pada 28 Julai sehingga 8 Ogos 2010 dikendalikan oleh Encik Azizul bin Ahmad dari Langkawi. Setiap peserta bengkel di ajar cara-cara untuk menghasilkan produk ukiran kayu kontemporari berinspirasikan kayu hanyut yang nyata amat berbeza daripada modul yang di ajar kepada pelatih-pelatih kami sekarang. Hasilnya, setiap peserta berjaya menyiapkan dua produk yang amat menarik.
Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak MTIB termasuk juga dari Kuala Terengganu dan Kota Bharu terutamanya Cik Wan Zarifah Hashim, En. Wan Adenan W.Hassan, serta pengajar iatu Encik Azizul. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Encik Norhaiza Nordin dari Tunjang Bakawali Sdn Bhd yang turut membantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan