Selasa, 26 Ogos 2008

MODUL LATIHAN

MODUL PROGRAM LATIHAN SENI UKIRAN KAYU DESA UKIRAN KAYU (DUK) DI ISTANA TENGKU LONG KAMPUNG RAJA BESUT TERENGGANU

1.0 Pengenalan

Desa Ukiran Kayu (DUK) di Istana Tengku Long, Besut adalah merupakan sebuah institusi yang menawarkan pengajian berteraskan pendidikan vokasional dan keusahawanan ukiran kayu. Institusi ini ditubuhkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan diselia oleh Terengganu International Design Excellence Sdn Bhd (TIDE). Penubuhannya bertujuan untuk menghidupkan seni ukiran kayu di negeri Terengganu.

Kerangka modul atau kurikulum bagi latihan di DUK ialah 80% aspek kemahiran ukiran kayu dan 20% modul pengurusan keusahawanan dan perniagaan. Matlamat kerangka modul adalah untuk melahirkan keperluan tenaga mahir ukiran kayu dan membentuk golongan seni ukiran berteraskan budaya keusahawanan.

2.0 Objektif

2.1 Ke arah membangun usahawan kraf ukiran kayu dan tenaga mahir pengukir berteraskan budaya keusahawanan yang akan dapat menyesuaikan nilai kraf ukiran dengan keperluan pasaran semasa berpaksi daya keusahawanan dan kemahiran pengurusan perniagaan

2.2 Menyediakan para pelatih sebagai tenaga terlatih mahir dalam bidang ukiran kayu dan pertukangan yang relevan, fleksibel, cekap, dinamik dan bermoral yang akan mampu menyumbang kepada pembangunan kraf ukiran kayu negeri dan negara amnya

3.0 Program latihan yang ditawarkan

3.1 Sijil Seni Kraf Ukiran Kayu
3.2 Kursus lanjutan peningkatan kemahiran ukiran
3.3 Bengkel keusahawanan ukiran

LATAR BELAKANG DESA UKIRAN KAYU

PEMBINAAN DESA UKIRAN KAYU (DUK) ADALAH MANIFESTASI KEPADA “BESUT DAERAH UKIRAN KAYU” YANG TELAH DI ISTIHARKAN PADA 12 OGOS 1999 IAITU SEBAGAI PENGIKTIRAFAN KE ATAS PENGUKIR - PENGUKIR KAYU YANG TERSOHOR DI DAERAH BESUT SEPERTI CHE LONG BIN YUSOF, TENGKU IBRAHIM BIN TENGKU WOOK (TOKOH KRAF NEGARA 1999) HJ WAN SU BIN OTHMAN (TOKOH SENI NEGARA 1997) ABD.RAHMAN LONG , WAN MUSTAFFA WAN SU (TOKOH SENI NEGERI TERENGGANU 2003, ADIGURU KRAF 2007) DAN NORHAIZA BIN NORDIN.

DESA UKIRAN KAYU DI BINA DI KAWASAN ISTANA TENGKU LONG YANG DI BINA OLEH TENGKU CHIK HAJI BIN TENGKU HITAM , RAJA BESUT KE EMPAT PADA TAHUN 1875. ISTANA INI DI BINA DENGAN DI HIASI OLEH UKIRAN KAYU YANG MENARIK DAN MENGAGUMKAN.

DESA UKIRAN KAYU INI MERUPAKAN SENIBINA RUMAH - RUMAH BARU DAN LAMA YANG MENGEKALKAN SENIBINA TRADISIONAL UNTUK PUSAT DINAMIK PERUSAHAAN KRAFTANGAN TERUTAMANYA SENI UKIRAN.DESA UKIRAN KAYU INI DI BINA PADA AWAL TAHUN 2005 DAN SIAP PADA BULAN JUN 2007 SERTA DIBUKA DENGAN RASMINYA PADA 21 FEBRUARI 2008.
LAIN-LAIN:
I) KEDUDUKAN DESA UKIRAN KAYU (DUK) ISTANA TENGKU LONG BERADA DI SEBELAH DALAM PERKAMPUNGAN KG.RAJA LAMA IAITU KAWASAN PEKAN KG.RAJA BESUT TERENGGANU.

II) KELUASAN DESA UKIRAN KAYU : 3,5OO METER PERSEGI
III) JARAK DUK DARI BANDAR KUALA TERENGGANU : 100 KM.

IV) NAMA – NAMA RUMAH TRADISIONAL ATAU BANGUNAN YANG BERADA DI DUK :

1 ) RUMAH POTONG BELANDA
2 ) RUMAH LIMAS BUNGKUS
3 ) RUMAH BUJANG BERSERAMBI SELASAR

V) AKTIVITI DESA UKIRAN KAYU ( DUK ) ISTANA TENGKU LONG :

ANTARA AKTIVITI HARIAN DUK SEPANJANG HARI YANG BERMULA SEPERTI BIASA WAKTU PEJABAT DARI JAM 8 .00 PAGI HINGGA KE 5.OO PETANG.SERAMAI 20 ORANG PELATIH LEPASAN PENDIDIKAN SPM YANG TERDIRI DARIPADA ANAK WATAN TERENGGANU YANG SEDANG GIAT MENJALANI KURSUS LATIHAN KRAF WARISAN SENI UKIRAN MELAYU SELAMA SETAHUN.

DIBIAYAI SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU MELALUI YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DENGAN DI PANTAU DAN DI URUSKAN OLEH PROFESOR MADYA SULAIMAN ABD.GHANI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TERENGGANU INTERNATIONAL DESIGN EXCELLENCE (TIDE) YANG BERPENGALAMAN TINGGI DAN LUAS DI BIDANG SENI BERTINDAK MENJANA KEMAJUAN DAN KECEMERLANGAN MEMPERKENALKAN DUK SAMADA DI PERINGKAT DAERAH BESUT, NEGERI TERENGGANU DAN LUAR NEGARA.

MANAKALA TENAGA PENGAJAR YANG BERKEMAHIRAN MAJU DALAM BIDANG SENI UKIRAN KAYU IAITU EN. CHE HAMI HAMZAH BERTINDAK SELAKU TENAGA PENGAJAR TETAP KEPADA PELATIH – PELATIH YANG MENGIKUTI KURSUS TERSEBUT DI DESA UKIRAN KAYU ISTANA TENGKU LONG YANG SEBELUM INI TELAH BERKEMAHIRAN MENGAJAR DI BIDANG KRAF SENI UKIRAN MELAYU DI INSTITUT KRAF NEGARA MALAYSIA SELAMA 7 TAHUN.

RUMAH POTONG BELANDA




Rumah Potong Belanda merupakan bentuk senibina rumah tradisional Terengganu yang dipercayai diperkenalkan oleh Belanda dan British di Kepulauan Riau pada sekitar abad ke-19. Senibina ini telah berkembang ke Semenanjung Malaysia termasuk Terengganu pada abad ke-20.

Ciri-ciri istimewa rumah ini ialah mempunyai pemeleh yang tidak sampai ke kaki atap. Biasanya pemeleh rumah jenis ini disambung kepada buah buton atau buah guntung di bahagian bumbungnya. Kebanyakan rumah jenis ini mempunyai tingkap yang banyak dan diperbuat daripada kaca. Dinding rumah ini mempunyai pelbagai jenis, samada jenis pian, tindih kasih, berlis dan susun sirih. Ia juga mempunyai rekabentuk yang pelbagai dan dicat dengan berbagai warna serta menggunakan atap singgora.


Rumah Potong Belanda ini telah dihiasi dengan ukiran-ukiran oleh Encik Wan Mustafa bin Wan Su yang merupakan Pengurus di Balai Seni Wanpo, Alur Lintang, Besut. Beliau telah dianugerahkan Adiguru Kraf oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada tahun 2007.

RUMAH LIMAS BUNGKUS




Rumah Limas Bungkus ini dikatakan berasal dari Belanda dan British. Senibina jenis ini mula diperkenalkan di kepulauan Riau sekitar abad ke-17 hingga ke-19. Pada abad ke-19, ia mula dibina di Terengganu.
Ciri-ciri istimewa rumah jenis ini ialah penggunaan sebatang bumbung yang lurus mendatar dan empat batang perabung menurun ke cucuran atap. Rumah jenis ini menggunakan dinding jenis janda berhias dan pian serta dihiasi dengan ukiran. Ia cukup popular dikalangan raja dan bangsawan. Di Terengganu, terdapat tiga buah istana yang menggunakan rekabentuk ini iaitu Istana Tengku Anjang dan Istana Tengku Long di Besut serta Istana Kolam di Kuala Terengganu.

Rumah Limas Bungkus ini yang dibina dengan kaedah pasang siap juga turut di hiasi dengan ukiran kayu yang menarik dan mengagumkan oleh tokoh pengukir tempatan iaitu saudara Mohd Salizan bin Hj. Abd Rahman daripada Syarikat Pakatan Jurukir Tradisional Sdn Bhd.

RUMAH BUJANG BERSERAMBI SELASAR



Rumah Bujang Berserambi Selasar merupakan bangunan berbumbung panjang yang terawal dibina dikalangan senibina rumah tradisional Terengganu. Rumah ini berasal daripada Rumah Tiang 12 atau16. Keunikan rumah ini ialah mempunyai pemeleh yang besar, tiang yang besar dan tinggi serta diperkukuhkan dengan belira dan diperketatkan dengan baji. Atap rumah ini diperbuat daripada tanah liat yang dikenali sebagai atap bata atau atap singgora. Dindingnya berpanel jenis Janda Berhias (Kembung) dan dihiasi dengan ukiran. Rumah jenis ini banyak dimiliki oleh orang-orang alim.

Rumah Bujang Berserambi Selasar ini dibina dengan menggunakan Kaedah Pasang Siap. Ia dihiasi dengan ukiran kayu yang
menarik dan mengagumkan oleh seorang Tokoh Pengukir Tempatan iaitu Saudara Norhaiza bin Nordin iaitu Pengarah Urusan Seni Ukir Bakawali.


DESA UKIRAN KAYU



1. PENGENALAN

1.1. Desa Ukiran Kayu (DUK) Istana Tengku Long, Besut Terengganu merupakan sebuah Institusi latihan yang menawarkan skim latihan dan pengajian berteraskan pendidikan vokasional keusahawanan ukiran kayu.

1.2. Kerangka Modul @ kurikulum yang akan ditawarkan kepada peserta itu nanti adalah terdiri daripada 80% daripada aspek kemahiran ukiran kayu dan 20% aspek pengurusan keusahawanan & perniagaan.

1.3. Matlamat daripada program ini adalah pada dasarnya untuk melahirkan keperluan tenaga mahir ukiran kayu dan membentuk golongan seni ukiran berteraskan budaya keusahawanan.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM

2.1. Ke arah membangun usahawan kraf ukiran kayu bagi melahirkan tenaga mahir dikalangan pengukir yang berteraskan kepada budaya keusahawanan yang dapat menyesuaikan nilai kraf ukiran dengan keperluan pasaran dengan berpaksi dengan daya keusahawanan dan kemahiran pengurusan perniagaan.

2.2. Menyediakan para pelatih sebagai tenaga terlatih dan mahir dalam bidang ukiran kayu dan pertukangan yang relevan, fleksibel, cekap, dinamik, dan bermoral yang akan mampu menyumbang kepada pembangunan kraf ukiran negeri dan negara amnya.

3.0 FAKTOR PENUBUHAN DUK

3.1 Sejarah dan warisan Kg. Raja sebagai kawasan penempatan raja, terdiri daripada dua buah bangunan istana dan masjid yang dibina pada tahun 1875 oleh Tengku Chik Haji, raja Besut ke-4. Kediaman yang dikenali dengan nama Istana Tengku Anjang dan masjid lama masih berada di tapak asalnya manakala Istana Tengku Kembang telahpun dipindahkan ke Muzium Negeri Terengganu.

3.2 Lahirnya ramai tokoh pengukir-pengukir kayu yang mahir di Besut diantaranya ialah Haji Wan Su bin Othman, Tokoh Seni Negara 1997 dan anak beliau Wan Mustafa bin Wan Su, Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003 yang menubuhkan Balai Seni Ukir Wan Mustafa Su atau dulu dikenali sebagai Bengkel Seni Ukir Wan Su, Tengku Ibrahim bin Tengku Wok, Tokoh Kraf Negara 1998, Allahyarham Hj. Abdul Rahman Long yang menubuhkan Pakatan Seni Ukir Tradisional dan Encik Norhaiza Nordin yang mengusahakan Bengkel Seni Ukir Bakawali.

3.3 Peranan NGO dan kepimpinan politik seperti Majlis Kebudayaan Daerah Besut yang memainkan peranan ke arah menjadikan kawasan yang bersejarah ini dipelihara dan dibangunkan. Usaha ini mendapat sokongan yang kuat YAB Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh semasa beliau menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia 1994-1999. Hasilnya pada 12 Ogos 1999 telah diisytiharkan Besut Daerah Ukiran Kayu oleh YB Dato’ Kadir Syeikh Fadzir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar pada ketika itu.